As Salam. . .
************
Malam yang semakin larut,,, hari bertukar hari,, di tambah dengan mata yang semakin membengkak..ku rajinkan juga diri menulis sedetik entry buat tatapan korang..bagi yang sudi membaca saja...Ok, tadi ada terdengar satu tazkirah dari seorang ust..tentang cara mengisi Jiwa yang kosong..rasa tertarik dengan setiap apa yang beliau sampaikan..Ku rasa semacam, dengan diriku sejak kebelakangan ni..kemungkinan juga aku punya jiwa kosong.
Kalau nak d fikirkan Jiwa ini sungguh unik sifatnya. Ada saatnya kita rasa sangat bertenaga, bersemangat dan tabah. Tetapi, di celah-celah perjalanan kehidupan, pasti ada titik-titik down kita. Betulkan??? Apa perasaan kita ketika itu? Kita lemah, hilang segala semangat yang pernah membara dan jiwa terasa amat-amat kosong. Terasa semakin lemas dan merasakan diri tidak berguna

Normal lah jika berlaku sedemikian? Betapa seringkali jiwa manusia keletihan menghadapi pelbagai macam cubaan dunia dan yang tidak akan lepas daripada masalah. Maka ada yang cuba pelbagai cara untuk menghilang letih dijiwa dengan hiburan. Sedang kita lupa dan lalai, satu-satunya cara mengubati kekosongan jiwa manusia hanyalah dengan mengingati Sang Pencipta segala makhluk.
Jiwaku kosong..!!
kosong!!..kosong!!...segala benda yang baik tidak tersimpan dalam jiwaku kini..dulu aku tidak sebegini..apa yang membuat jiwaku kosong..adakah sebab dunia yang di kejar..kerja yang boleh menjamin masa hadapan..hanya itu sahaja kah yang di fikir..ohhhhh Tuhan..tidak....semakin jauh diriku dengan Mu..semoga dengan ini akan ada terdetik niat untuk mahu berubah dan berusaha untuk berubah....
Insyaallah...
No comments:
Post a Comment