NUR AFIRAH AZMI

Wednesday, 14 January 2015

Takafulink Haji -MAA TAKAFUL


Simpanan Haji Alternatif Terbaik 
Di Malaysia



FAKTA:
  • Jika anda baru bercadang mendaftar haji (muassasah) pada tahun 2013, paling awal giliran anda mengerjakan haji (muassasah) adalah pada tahun 2053. Anda perlu tunggu 40 tahun. Anda sanggup??
  • Seramai sejuta umat Islam sedang menunggu giliran untuk mengerjakan haji.
  • Lebih 60,000 rayuan haji diterima oleh Tabung Haji setiap tahun.
  • Bakal jemaah haji yang berusia 75 tahun ke atas akan diberikan keutamaan dalam proses rayuan. Terdapat 14,000 pencarum dalam kategori ini yang berdaftar dengan LTH.
  • Tambang haji semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 1997, kos haji (muassasah) ialah RM6,000 (selepas subsidi).


MAA Takafulink Hajj: Simpanan  Haji Alternatif Terbaik di Malaysia


Di MAA Takaful, inshaAllah kami akan bantu anda percepatkan impian anda ke Tanah Suci. Jika ditakdirkan meninggal awal,  pihak kami akan laksanakan Badal Haji / Waqaf / Qurban secara automatik. Ini akan memudahkan semua waris dan saham akhirat si arwah pasti terlaksana.. 

Siapa yang layak menyimpan dalam Maa Takafulink Hajj?
Sesiapa sahaja yang berumur 30 hari hingga 69 tahun.



Saya belum lagi mendaftar giliran di Tabung Haji. Bolehkah saya membuat simpanan dalam Maa Takafulink Hajj?
Anda boleh mula membuat simpanan di dalam Maa Takafulink Hajj pada bila bila masa. Tetapi saya syorkan anda mendaftar nama anda (untuk giliran Haji) di mana2 cawangan Tabung Haji secepat mungkin. Lagi lama anda bertangguh, lagi lambat waktu giliran haji anda. Untuk pengetahuan semua, sesiapa yang mendaftar giliran haji pada tahun ini (2013), giliran Haji (muassasah) anda adalah pada tahun 2053. Anda sanggup tunggu 40 tahun?

contoh slip pendaftaran giliran haji.Di daftar pada Jan 2012. Tarikh Haji ialah pada 2048



Saya sudah pun mendaftar giliran haji di Tabung Haji, dan sedang membuat simpanan bulanan dalam akaun Tabung Haji. Saya rasa saya tidak perlu lagi menyimpan di akaun simpanan yang lain.
Tahniah kepada anda kerana telahpun melakukan tindakan yang tepat dengan mula menyimpan secara berdisiplin untuk ke Tanah Suci. Namun, tiada siapa di dunia yang boleh menjamin 100% dirinya pasti  dapat menunaikan Haji ketika masih hidup. Ini kerana kita tidak tahu nasib kita di masa depan. Jabatan Statistik Malaysia telah mengeluarkan laporan kadar kematian rakyat Malaysia pada tahun 2011 adalah seramai 129,000 orang
Apa yang anda buat sekarang adalah membuat simpanan/pelaburan semata-mata. di Maa Takaful, akaun Maa Takafulink Hajj kami lebih bersifat komprehensif iaitu mempunyai elemen simpanan,pelaburan dan perlindungan.

Berapakah jumlah simpanan bulanan yang sesuai untuk saya menyimpan dalam akaun simpanan MTL HAJJ?
Ia bergantung pada objektif anda menyimpan. Jika anda ingin menunaikan Haji mengikut Kuota Pakej, anda perlukan sekurang kurangnya RM25,000 seorang. Jika mahu mengikut Pakej Kuota, saya mengesyorkan anda menyimpan RM 150 hingga RM250 sebulan.

Sebagai contoh,
Ali berumur 25 tahun,bekerja sebagai jurutera, gaji bulanan RM5,000. ingin menunaikan Haji pada umur 45 tahun mengikut Kuota Pakej . Dia memilih pakej termurah iaitu RM25,000(ketika itu). Ini bermakna Ali perlu menyimpan antara RM 100 hingga RM150 sebulan. 
Kesimpulannya, jika anda berumur 25 tahun dan ke atas, saya syorkan anda komited untuk simpan RM100 - RM200 sebulan untuk menunaikan Haji.

Jika anda mempunyai anak anak atau bayi, saya syorkan anda boleh mula menyimpan RM50 -RM100 sebulan untuk setiap anak, mengikut kemampuan masing masing.



Jika ditakdirkan saya disahkan mengalami penyakit kritikal atau cacat kekal akibat kemalangan, adakah saya masih perlu membuat simpanan?
Jika musibah2 yang anda sebutkan di atas menimpa anda semasa anda menyimpan dalam akaun simpanan Hajj kami, pihak MAA Takaful akan mengambil alih 'tugas' anda sebagai penyimpan. Anda tidak perlu lagi menyimpan. Pihak MAA Takaful akan menyimpan bagi pihak anda.

Contoh, anda sekarang (2013) berumur 30 tahun dan menyimpan RM200 sebulan dalam akaun simpanan MTL HAJJ. Ditakdirkan pada 2014 anda disahkan doktor menghidap barah stage 3. Pihak MAA Takaful akan  'sambung' caruman RM200 setiap bulan untuk anda sehingga umur 80 atau sehingga anda meninggal (yang mana terdahulu). Jika simpanan dalam akaun MTL Hajj anda mencukupi untuk menunaikan Haji, anda boleh withdraw simpanan anda pada bila bila masa...

Bukan setakat itu sahaja, jika anda ada membuat simpanan MTL Hajj untuk isteri dan anak-anak anda, semua simpanan Hajj mereka akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak MAA Takaful. Bukan kah ini satu value added  yang sangat baik untuk pelanggan? 


Apakah yang akan berlaku sekiranya ditakdirkan saya ditimpa kemalangan sewaktu menunaikan umrah atau Haji?
MAA Takaful adalah satu satunya operator takaful yang melindungi para pelanggannya 365 harisetahun di Tanah Arab Saudi. pihak MAA Takaful akan membayar jumlah pampasan kemalangan sebanyak 2x ganda  jika berlaku kematian/ cacat kekal akibat sebarang jenis kemalangan di  mana saja di Tanah Arab Saudi. 

Untuk pengetahuan semua, syarikat takaful yang lain cuma menyediakan pampasan berganda hanya pada waktu umrah dan Haji sahaja. di MAA Takaful, kami menyediakan perlindungan bukan sewaktu anda menunaikan umrah atau Haji, kami juga menyediakan pampasan berganda jika anda bekerja atau bercuti di Arab Saudi. 365 hari setahun.


Boleh terangkan dengan lebih lanjut tentang manfaat Badal Haji, Waqaf dan Qurban?
Badal Haji
Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi s.a.w. dan berkata,“Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan Haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?”. Nabi s.a.w. menjawab,“Kerjakanlah Haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang dengan seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (iaitu Haji) kerana ia lebih patut dilunaskan”
(Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

Pihak MAA Takaful telah melantik Andalusia Travel sebagai 'third party' untuk melakukan Badal Haji kepada pelanggan akaun MTL Haji yang tidak sempat mengerjakan Haji akibat meninggal awal. Semasa anda membukan akaun MTL Hajj, anda boleh mengisi borang Badal Haji. Tetapi kami di MAA Takaful sangat fleksibel. Jika anda mahu waris anda yang buatkan Badal Haji untuk anda pun boleh kami akan gunakan portion Badal Haji dan masukkan ke dalam saham Waqaf anda.
Qurban
Pihak MAA Takaful telah mengadakan usaha sama dengan Muslim Aid Serving Humanity untuk mengagihkan1 bahagian daging lembu / seekor kambing qurban pada fakir fakir miskin. Ia dibuat secara automatik.

Waqaf
Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang mendoakannya”- Hadith Riwayat Muslim
Pihak MAA Takaful telah menjalinkan usaha sama dengan Yayasan Waqaf Malaysia untuk mengendalikan proses waqaf anda.


Alhamdulillah saya telah menunaikan ibadah Haji beberapa tahun yang lepas. Namun saya dapati akaun simpanan Haji dari MAA Takaful amat menarik dengan adanya manfaat perlindungan, Qurban, Waqaf dan simpanan percuma untuk ahli keluarga(Waiver). Bolehkah saya pilih sesetengah manfaat yang saya rasakan releven untuk saya?
Ya. Sudah tentu boleh. akaun simpanan Hajj dari MAA Takaful sangat fleksibel. Anda menyatakan yang anda telahpun menunaikan Haji. Oleh itu, saya syorkan kita exclude manfaat Badal Haji dalam polisi anda. portion Badal Haji (RM1,500) itu saya akan tambah ke dalam portion  Waqaf anda.


Saya telah berjumpa dengan beberapa ejen Takaful. Namun saya agak keliru kerana setiap ejen memberikan quotation  dengan manfaat dan cash value yang berbeza beza. 
Sudah tentu qoutation dari setiap perunding Takaful akan berbeza beza. Ini kerana Maa Takaful Hajj adalah satu pelan simpanan yang sangat fleksibel & custome-made. Anda boleh menambah atau kurangkan apa saja manfaat yang anda inginkan. Nilai simpanan anda bergantung terhadap bilangan manfaat(riders) , umur, dan prestasi dana syariah.


Boleh saya tahu apakah ciri2 yang perlu ada dalam akaun Simpanan Haji?
Secara peribadi, saya berpendapat objektif utama anda menyimpan dalam akaun MTL Hajj adalah untuk meng-optimumkan pelaburan disamping mempunyai 'back up plan' seperti Badal Haji, Qurban dan Waqaf sebagai 'saham akhirat' andai kata meninggal awal.
Saya dapati sesetengah ejen Takaful menambah terlalu banyak riders(manfaat) seperti elaun hospital, medical card, elaun MC, pampasan penyakit kritikal, khairat kematian. Lagi banyakriders(manfaat) dalam akaun Haji anda, lagi sikitlah cash value yang tinggal dalam akaun. Ini kerana setiap manfaat mempunyai caj tabarru. So, hajat untuk menunaikan haji secara 'Kuota Pakej' pasti akan tergugat.

Oleh itu, saya syorkan anda hanya perlu ada;
1) minimum Basic pampasan kematian (all cause of death)
2) Badal Haji
3) Qurban
4) Waqaf
dan
5) Waiver (pengecualian bayaran jika menghidap penyakit kritikal)

Walaupun hanya 5 manfaat saja, tapi ia sudah cukup complete dan akaun simpanan Haji anda akan menjana simpanan/pelaburan yang optimum.

Jika anda ada keperluan untuk mendapatkan protection under rider - rider yang lain, saya suggest anda sign up satu polisi Takaful yang berasingan.


Perbandingan 
sila klik utk zoom

Kenapa Anda Perlu Pilih Medical Card Medica2015 Dari MAA Takaful

Kenapa Anda Perlu Pilih Medical Card Medica2015 dari Maa Takaful.



Sebab nya :
- ada 6 jenis pelan untuk anda pilih mengikut bajet anda.

- tiada had seumur hidup

- had tahunan dari rm50k hingga rm500k

- bilik wad dari rm150 hingga rm1000 / sehari.

- tiada tuntutan (claim) 20% diskaun pembaharuan.

- tiada ko-takaful..semua peringkat umur.

- jaminan pembaharuan hingga umur 80 tahun.

- khairat kematian rm5k.

- Pendapat Perubatan Kedua

- Bantuan kecemasan 24 jam

- boleh pindah (convert) medical card anda miliki sekarang ke medical card terbaru ini dan anda TIDAK PERLU tunggu 120 hari untuk perlindungan sepenuhnya..untuk kos perubatan dan penyakit.
sebaik dapat polisi...anda dah dicover semua kos perubatan..perlindungan kesihatan dan boleh guna terus medica2015.

- Dan banyak lagi manfaat yang anda nikmati sebagai pemegang medical card yang terbaru ini .

Tahukah anda dengan pelan baru Medical Card MAA Takaful? Anda boleh menerima 20% discount sekiranya tiada tuntutan dibuat pada tahun tersebut dan caruman tahun kedua lebih murah.

Contoh Perkiraan:
Premium Tahunan bagi Lelaki 30 Tahun :
Tahun Pertama : RM711
Tiada sebarang tuntutan dibuat
Tahun Kedua: RM568.80 (less 20%)




Untuk maklumat lanjut
boleh hubungi FIRA (014-2703806)

Apa Itu Takaful?? ##MAA TAKAFUL##

MAA takaful

Takaful bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab – kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.

Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ianya diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risikoyang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.

Perbezaan takaful & insurans konvensional

Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:
“Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan”.
Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?
Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

Gharar

Maksud al-Gharar ialah “ketidakpastian”. Maksud ketidakpastian dalam urus niaga muamalah ialah:
“Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain”.
Menurut Ibn Rushd maksud al-Gharar ialah, “Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui”.
Ibn Taimiyah pula menyatakan al-Gharar ialah, “Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat”.
Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai “Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti”.
Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan, “Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan”.
Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan. Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya.
Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia, adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma’kud Alaih (barang) tidak jelas, dan ianya berkait dengan:-
  • Tidak diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
  • Tidak diketahui kadar bayarannya.
  • Tidak diketahui bila masanya.
Badan Petugas menyatakan kewujudan gharar dalam kontrak insurans kerana Kontrak Insurans adalah di atas “Dasar Jual Beli”. Dalam Islam, jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli. Antara rukunnya ialah:
  1. Penjual dan Pembeli
  2. Aqad (Ijab dan Qabul)
  3. Barang (Ma’kud Alaih/Subject Matter)
Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kewujudan ketidakpastian ‘barang’ dalam kontrak insurans kerana syarat barang yang telah ditetapkan oleh Syarak tidak dapat dipenuhi. Bagi Islam, syarat-syarat bagi setiap rukun-rukun tersebut adalah penting dan mesti dipenuhi. Di antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:
  1. Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad.
  2. Masa penyerahannya telah ditetapkan.
  3. Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
  4. Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
  5. Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syara’.
Seperti juga dengan pasangan yang ingin berkahwin. Mereka mestilah memenuhi rukun kahwin seperti adanya pengantin lelaki, perempuan, wali, 2 saksi lelaki yang adil dan ijab qabul. Tetapi jika salah satu rukun tersebut tidak dapat dipenuhi maka perkahwinan itu akan menjadi tidak sah. Namun ada pendapat yang menyatakan bahawa ‘barang’ dalam kontrak insurans adalah jelas kerana ianya telah tercatat dalam kontrak dan akan diserahkan apabila terjadinya kemalangan. Lebih mengukuhkan lagi hujah tersebut ialah apabila mahkamah sendiri akan mendengar kes seumpama itu.
Kita mengakui pendapat ini dan kerana itulah dinyatakan perbezaan sebenar antara Takaful dan Insurans ialah dari segi “Keyakinan (Belief)”. Cuba kita perhatikan, apakah bezanya pasangan yang berkahwin dengan pasangan yang tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan kecuali melalui kontrak yang dianggap sah oleh undang-undang sivil? Tentu sekali wujud perbezaan walaupun kontrak yang dibuat oleh pasangan tersebut adalah lengkap dengan segala hak antara kedua pasangan telah termaktub dan diditilkan dalam kontraknya, namun bagi Islam ia tetap tidak sah kerana berlawanan dengan Syarak.

Maisir/Judi

Para ulama’ menyatakan Maisir dan Gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait.
Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:
  1. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
  2. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
  3. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

Riba

Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.
Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.

Penyelesaian

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru’at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru’at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.

Takrif Tabarru’at

Tabarru’at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.
Penegasan ini dapat dilihat dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka.
Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabarru’at yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru’at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru’at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru’at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.
Terdapat juga sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarru’at adalah tidak tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata. Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ianya tidaklah dijadikan isu yang besar.
Penggunaan Tabarru’at yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar dan Maisir telah dapat dihapuskan dengan kewujudan dasar tersebut.